~ IKAN AROWANA ~ IKAN KALUI ~ IKAN FLOWER HORN ~ IKAN KOI ~ IKAN PELAGA ~
Friday, February 19, 2010
AROWANA
Ikan Arowana merupakan antara ikan hiasan yang termahal di dunia dan mudah dipelihara. Terdapat pelbagai nama yang diberikan untuk ikan ini antaranya seperti Ikan Naga (Dragon Fish), Kelisa, Kayangan, Saratoga, Pla Tapad, Barramundi, Peyang, Tangkalese dan Siluk.
Ikan Arowana mempunyai bentuk dan penampilan yang unik dan menarik. Badannya panjang ramping dan lurus dari hadapan ke belakang dengan gaya renangan yang menarik. Terdapat pelbagai jenis warna Arowana. <kembali>
IKAN PELAGA
Ikan Pelaga (betta splendens) dari Malaysia merupakan salah satu jenis ikan pelaga yang terbaik di Asia Tenggara khususnya. Terdapat dua jenis ikan pelaga iaitu ikan pelaga hiasan dan ikan pelaga lawan. Ikan Pelaga Hiasan memiliki ciri-ciri seperti badan yang cantik, sirip yang lebar serta panjang dan warna badan yang menarik. Manakala Ikan Pelaga Lawan pula mempunyai sirip dan ekor yang pendek, kepala besar, rahang dan gigi yang kuat, dan ketahanan badan yang kuat.
Ikan Pelaga Lawan
Bagaimana membezakan antara Ikan Pelaga Jantan dan Ikan Pelaga Betina?
Secara amnya, ikan pelaga jantan memiliki warna yang lebih cerah dan lebih menarik, sirip dan ekornya lebih panjang, sirip punggung dan perut lebih lebar serta ukuran badannya lebih kecil dan perutnya lebih nipis. Manakala ikan pelaga betina pula mempunyai warna yang gelap sedikit, sirip dan ekornya pendek serta perutnya yang agak kembung.
Ikan Pelaga Betina
Subscribe to:
Posts (Atom)